Thursday, December 30, 2010

Selangkah Kaki Ke Tahun Baru 2011

Salam inspirasi pengarang ucapkan kepada pembaca yang setia tiada jemu membaca blog yang serba kekurangan ini.Pengarang harap semua pembaca berada dalam keadaan sihat wal a'fiat.

Mungkin pembaca sekalian tertanya-tanya,apa yang pengarang hendak berceloteh diruangan ini.Barangkali pengaduan,kongsi masalah atau sebagainya.Tetapi pengarang hanya ingin berkongsi bersama pembaca sekalian.

Apa yang boleh dikatakan bila menjelang Tahun Baru...??

Bila disebut-sebut tahun baru,pasti pada pemikiran kita semua pesta bagi 'mat-mat rempit' merempit diatas jalan.Ataupun pesta seks bagi remaja-remaja yang terbiar.Yang tidak takut kepada tuhan atau tiada iman didada mereka.

Mari kita merenung kembali,

Tahun baru yang akan tiba hanya beberapa hari ini adalah satu peristiwa pertukaran tahun.Yang lazim memang akan berubah setiap tahun.Jadi,adakah tahun sahaja yang akan bertukar..??.Bagaimana pula dengan diri kita..??.Adakah diri kita tidak perlu diupgrade..??

Waktu inilah kita perlu berubah.Dari seorang yang hanya bergelar manusia kita tukarkan kepada hamba yang patut taat kepada sang pencipta.Kita cuba untuk berubah.Kerana allah taala sangat menyukai hambanya yang sentiasa melakukan perubahan.

Perlukah kita ditakuk lama..??

Pengarang merasakan perlulah kita melakukan perubahan.Merubah langkah setapak demi setapak.insyallah pasti akan berolah hidayah dari tuhan.


Wednesday, November 3, 2010

Coretan DariKu

Sudah seminggu diriku terlantar di kamar.Menanti dan menghitung hari-hari yang sudah berlalu.Aku kesepian dan kesedihan pabila diriku tidak mampu sudah untuk bergerak lagi kerana mengalami penyakit yang menyukarkan segala pergerakan.

Ketika menulis coretan ini,diri ini sedang berada dalam keadaan menahan seribu penderitaan.Aku teringat lagi hari-hari aku sihat,bukan main girangnya lagi aku kesana kemari menguruskan diri,bekerja,mencari sesuap nasi,dan mencari bekalan dunia dan juga akhirat.Tetapi kini semua itu sudah tiada.Aku terlantar bertemankan seorang ibu yang sentiasa mendampingiku dari kecil sehinggalah aku dewasa."Terima Kasih Ibu".

Aku menulis ini bukan kerana nak mengadu kepada sesiapa kerana ku tahu,aku mesti mengadu hanya pada Allah.Tetapi aku menulis ini sekadar coretan dari diri yang kerdil ini.Manalah tahu ini merupakan coretan terakhir buat diri ini.Aku sentiasa mengharapkan doa dari sahabat-sahabatku.

Cukuplah ku rasa dulu coretanku untuk kali ini..hamba ini sentiasa memohon kemaafan dari pembaca...

Thursday, September 2, 2010


Wasiat Kelapan Nabi s.a.w. (Kelebihan Solat Tasbih)


salam ramadhan,salam lailatul qadr,semoga semua berada didalam rahmat dan maghfirah dari allah s.w.t.Tahukah kamu bahawa didalam bulan ramadhan ada satu malam.Malam ini merupakan malam yang malam digandakan pahala jika melakukan kebaikan.Malam ini lebih baik dari seribu bulan.Malam ini dinamakan malam lailatul qadr.Maka adalah lebih baik jika kita suatu amalan yang mana amalan ini telah dilakukan sejak zaman baginda kita muhammad s.a.w.Iaitu "solat sunat tasbih".Ianya juga merupakan wasiat terakhir baginda sebelum baginda meninggalkan kita.
Ikrimah daripada Ibnu Abbas r.a., beliau berkata : Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Abbas bin Abdul Mutalib yang bermaksud :

"Wahai Abbas pamanku. Apakah engkau suka aku memberi hadiah istimewa yakni  kuajarkan sepuluh macam perbuatan yang dapat menghapus dosa? Apabila paman mengerjakannya Allah akan mengampuni dosa-dosamu, yang awal atau yang akhir, yang lama atau yang baru, yang disengaja maupun tidak sengaja, yang kecil atau yang besar, yang tersembunyi atau pun yang nampak.
Sepuluh perkara tersebut iaitu bahawa engkau solat empat rekaat, setiap rakaat engkau baca al-Fatihah dan sebuah surah. Apabila engkau telah membaca dalam rekaat pertama,tetaplah engkau dalam keadaan berdiri dan bacalah subhanallah wal hamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar (Maha Suci Allah dan segala puji bagi Allah dan tidak ada tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Agung) sebanyak lima belas kali, kemudian ruku' dan bacalah kalimah tersebut sepuluh kali semasa dalam keadaan ruku', kemudian engkau bangun dari ruku' dan bacalah kalimat itu sepuluh kali kemudian turun untuk sujud dan bacalah sepuluh kali semasa engkau dalam keadaan sujud. Apabila bangun dari sujud bacalah sepuluh kali kemudian engkau sujud dan bacalah sepuluh kali selepas itu engkau bangun dan bacalah sepuluh kali. Maka kesemuanya berjumlah tujuh puluh lima dalam setiap rakaat. Kerjakanlah kesemuanya dalam keempat rakaat.
Apabila engkau mampu mengerjakan solat tasbih setiap hari satu kali maka kerjakanlah. Apabila tidak mampu kerjakanlah seminggu sekali. Apabila  tidak mampu, lakukanlah sebulan sekali. Apabila engkau tidak mampu juga, kerjakanlah setahun sekali. Jika engkau tidak mengerjakannya, lakukanlah sekali sahaja semasa hidupmu."

(Hadis Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah).
Semoga segala perbuatan yang baik kita lakukan dibulan yang penuh mulia dan barakah ini akan menjadi benteng kepada kita dari api neraka diakhirat kelak.

Monday, August 30, 2010

RAMADHAN VS MERDEKA






















"Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah"

Salam pagi Ramadhan mubarak,semoga kalian masih berada dibawah naungan Allah s.w.t hendaknya.Alhamdulillah selesai sudah waktu sahur dan solat subuh secara berjemaah tadi dimasjid.Bila dah balik tak tahu nak buat apa lalu tangan rasa seperti gatal untuk berceloteh diruangan ini.Memandangkan rakyat malaysia baru sahaja lepas sambut hari kemerdekaan,jadi penulis nak berkongsi sikit tentang Ramadhan vs Merdeka.

Ramadhan bulan yang mulia,Merdeka hari yang bersejarah.

Kalau kita lihat ada persamaan atau tidak dalam ungkapan diatas...??

Mungkin tidak,mungkin ya....

Secara kebetulan sambutan hari Kemerdekaan tahun ini jatuh pada bulan Ramadhan.Lalu disambut didalam bulan Ramadhan yang mulia.

Definisi Merdeka ialah bebas dari belenggu penjajah.Tetapi penulis ingin bertanya kepada pembaca,"ADAKAH KITA BETUL-BETUL MERDEKA?".Mungkin secara zahir kita lihat Negara sudah merdeka dari dijajah oleh Negara lain.Tetapi sebaliknya kita masih lagi dijajah baik dari aspek dalaman dan luaran.Apa yang telah dijajah pada aspek dalaman...??

Kita lihat sendiri bagaimana negara kita menyambut Hari Kemerdekaan.Sama atau tidak dengan luar yang menyambut hari tersebut?.Boleh dikatakan 95% sama sahaja sambutan kita dengan Negara lain.Walhal Negara kita adalah Negara islam.Jika kita lihat,bila tibanye 31 ogos,ramai pasangan kekasih yang keluar bersama-sama untuk menyambut Merdeka.Bukan sahaja pasangan kekasih,'mat motor' atau lebih dikenali 'mat rempit' juga tidak ketinggalan keluar beramai-ramai memenuhi jalan dan menunjukkan aksi hebat mereka.Inikah yang dinamakan "MERDEKA".Pada luaran sahaja Merdeka.Tetapi pemikiran mereka masih blom merdeka dek kerana tinggalan jajahan kuasa-kuasa besar dahulu.

Penulis rasa buat apalah kita sambut Merdeka kalau diri kita sendiri belum lagi merdeka.Merdekakan lah dahulu diri kita.Bebaskan diri anda dari cengkaman dan pemikiran penjajah.

Lagi satu,penulis berasa terharu.Mana tidaknya,pada malam Merdeka ramai wanita yang dengan rela hati menyerahkan tubuh mereka kepada lelaki dayus.

WAHAI WANITA!!!!

Bangkitlah...

Janganlah kamu jadi hamba nafsu lelaki dayus ini.Ingatlah Allah.Ini bulan Ramadhan.Bulan penuh Kerahmatan.Bantulah diri sendiri melawan Nafsu ammarah itu.

Penuhilah Ramadhan kamu dengan kebaikan.Tinggalkan kemungkaran dan sentiasalah bangkit untu kemajuan diri sendiri dan Negara.

PERISTIWA BESAR YANG TELAH BERLAKU DIBULAN RAMADHAN

image0019.jpg

Ramadhan bukan hanya terkenal sebagai pusat latihan ibadah kepada umat Islam, malah ia juga terkenal dengan peristiwa besar dalam sejarah Islam antaranya:

BULAN DITURUNKAN AL KITAB

Beberapa hari yang ditentukan itu ialah bulan Ramadhan. Bulan yang diturunkan di dalamnya (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk untuk manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pemisah antara yang benar dan salah.

Para pakar tafsir dan hadis merekodkan, Allah juga menurunkan kitab-kitab dan suhuf iaitu kitab-kitab kecil selain Zabur, Taurat, Injil dan Al Quran kepada para rasul terdahulu pada bulan Ramadhan.

PERISTIWA BADAR

Pada hari Jumaat 2 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah berlakunya perang pertama dalam Islam yang dikenali Perang Badar. Badar adalah nama tempat di sebuah lembah yang terletak di antara Madinah dan Mekah. Tentera Islam mengawal lokasi strategik dengan menguasai sumber air yang terdapat di situ.

Perang ini melibatkan tentera Islam seramai 313 anggota berhadapan dengan 1,000 anggota tentera musyrikin Mekah yang lengkap bersenjata. Dalam peperangan ini, tentera Islam memenangi pertempuran dengan 70 tentera musyrikin terbunuh, 70 lagi ditawan manakala bakinya melarikan diri.

Peperangan ini adalah suatu yang luar biasa apabila tentera Islam yang kurang jumlah, lemah daripada sudut kelengkapandan berpuasa dalam bulan Ramadhan memenangi pertempuran Perang Badar. Ini membuktikan puasa bukan penyebab umat Islam bersikap lemah dan malas sebaliknya berusaha demi mencapai keredhaan Allah. Orang yang berjuang demi mencapai kerdhaan Allah pasti mencapai kemenangan yang dijanjikan. Allah menegaskan dalamSurah Aali ‘Imran ayat 123 hingga 125.

Sesungguhnya Allah menolong kamu dalam Perang badar, sedangkan pada masa itu kamu orang yang lemah. Sebab itu bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mensyukurinya.

ISLAM MEMBUKA KOTA MEKAH

Peristiwa ini berlaku pada 10 Ramadhan tahun ke-6 Hijrah. Peristiwa kemuncak ini berlaku apabila musyrikin Mekah melanggar perjanjian Hudaibiah yang termeterai dengan orang islam. Antara kandungan perjanjian ini menyebut, setiap suku Arab boleh memilih sama ada menjadi sekutu Muhammad ataupun sekutu Quraisy. Kedua-dua pihak tidak boleh berperang dalam tempoh 10 tahun dan tidak boleh membantu pihak lain berperang.

Malangnya, dalam suku-suku Arab yang bersekutu itu, ada golongan yang bertelagah iaitu Bani bakar dan Khuza’ah. bani Bakar bersekutu dengan Quraisy Mekah manakala Khuza’ah memilih bersekutu dengan Nabi Muhammad.

Pada satu malam, Bani Bakar dengan pertolongan Quraisy Mekah menyerang perkampungan suku Khuza’ah di lembah Watir. Apabila berita itu sampai ke pengetahuan Nabi Muhammad, beliau mengerahkan ratusan ribu umat Islam marake Mekah tanpa pengetahuan penduduk musyrikin Mekah. Beliau menolak sebarang rundingan dengan pihak Quraisy sehingga kemaraan umat Islam hanya diketahui apapbila hampir memasuki Kota Mekah. Penduduk musyrikin menjadi jumlah yang kecil tanpa sebarang persiapan hanya bersembunyi di bukit, rumah ibadat dan rumah Abu Sufian.

Akhirnya umat Islam memasuki kota Mekah tanpa sebarang pertumpahan darah. Peristiwa ini menggambarkan pertolongan Allah kepada hamba-hamba yang ikhlas kepadaNya. Allah menyebut dalam Al Quran Surah Al Fath ayat 1:

Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata.

Sebahagian pakar tafsir Al Quran memberi maksud ‘kemenangan’ dengan kemenangan bermaksud membuka Mekah. Baca juga di sini. (klik)

PERISTIWA PERJALANAN NABI MUHAMMAD SAW KE TABUK

Apabila pengaruh Nabi Muhammad SAW tersebar ke pelosok Semenanjung Tanah Arab, ia memberikan tamparan hebat kepada Rom yang menjadi kuasa besar pada masa itu. Lantas Herkules, Maharaja Rom Timur (Bizantin)memutuskan bagi menyekat pengaruh umat Islam dengan utara Tanah Arab.

Apabila berita itu samapai ke pengetahuan Nabi Muhammad SAW, beliau mengarahkan umat Islam berkumpul bagi menghadapi Rom dan mengutip zakat. Pada masa itu tanah Arab dilanda panas dan kesusahan. Iman umat islam ketika itu benar-benar teruji. namun, mereka tetap taat kepada perintah Nabi Muhammad. Beliau sendiri memimpin tentera seramai 30,000 anggota ke utara Madinah.

Apabila tentera Islam tiba di Tabuk, tentera Rom tidak berada di situ. Sebaliknya Rom menarik diri apabila mengetahui kemaraan tentera Nabi Muhammad SAW yang ramai. Tentera Islam terus mengasak Rom sehingga termeterai perjanjian antara Islam dan Rom. Sebagai persetujuan, Rom tunduk dan bernaung di bawah pemerintahan Nabi Muhammad SAW dan dikenakan cukai sebanyak 3,000 dinar setiap tahun.

ISLAM SAMPAI KE YAMAN

Yaman terletak di selatan Semenanjung Tanah Arab. Nabi Muhammad mengutuskan Ali bin Abu Talib dengan membawa surat beliau untuk penduduk Yaman khususnya suku Hamdan. Dalam tempoh satu hari, kesemua mereka memeluk agama Islam secara aman. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada bulan Ramadhan tahun ke-10 Hijrah.

KHALID BIN AL WALID MERUNTUHKAN BERHALA AL ‘UZZA

Selepas umat Islam membebaskan kota Mekah, Nabi Muhammad SAW menyucikannya dengan memusnahkan 360 patung di sekeliling Kaabah. Lima hari sebelum berakhirnya Ramadhan tahun ke-9 hijrah, beliau menghantar Khalid al Walid bagi memusnahkan patung al ‘Uzza di Nakhla.

Menurut kepercayaan Arab jahiliyyah, al ‘Uzza adalah patung dewi terbesar di situ. Ia sering disebut oleh masyarakat Arab apabila melafazkan sumpah. Khalid al Walid melaksanakan tugas itu dengan bergerak menuju ke Nakhla lalu menghancurkan patung al ‘Uzza. Selepas itu, penyembahan patung pun berakhir.

PENYERAHAN BANDAR TAIF

Bandar Taif pernah mencatatkan sejarah apabila penduduknya menghalau Nabi Muhammad SAW semasa berdakwah di sana. Selepas beliau dan umat Islam berjaya membebaskan Mekah, golongan Bani Thaqif berkeras tidak mahu tunduk kepada Nabi Muhammad SAW. Nabi Muhammad SAW dan tentera Islam mara ke Taif lalu mengepungnya dalam tempoh yang lama. Akhirnya rombongan mereka datang ke Mekah pada bulan Ramadhan tahun ke-9 Hijrah dengan menyerahkan bandar Taif sebagai tanda menyerah kalah. Patung al Laata yang dipuja sebelum ini dimusnahkan.

PEMBUKAAN ANDALUS (SEPANYOL)

Andalus adalah nama Arab yang diberikan kepada wilayah-wilayah bahagian Semenanjung Iberia yang diperintah oleh orang Islam selama beberapa waktu bermula tahun 711 hingga 1492 Masihi. Pada 28 Ramadhan tahun ke-92 Hijrah, panglima Islam bernama Tariq bin Ziyad dihantar pemerintahan Bani Umaiyah bagi menawan Andalus.

Tariq memimpin armada Islam menyeberangi laut yang memisahkan Afrika dan Eropah. Selepas pasukan tentera Islam mendarat, Tariq membakar kapal-kapal tentera Islam supaya mereka tidak berfikir untuk berundur. Akhirnya Andalus ditawan dan menyelamatkan rakyatnya yang dizalimi. Islam bertapak di Andalus selama lapan abad dan meninggalkan kesan tamadun yang tinggi nilainya kepada dunia barat.

PEPERANGAN ZALLAQAH; PORTUGAL

Peristiwa ini berlaku selepas subuh hari Jumaat, bulan Ramadhan tahun 459 Hijrah. Ketika itu, berlaku kebangkitan Dinasti Murabit di Afrika Utara. Gabenor Cordova, al Muktamin meminta bantuan Sultan Dinasti Murabit, Yusuf bin Tasyifin bagi memerangi al Fonso VI. Tentera Kristian yang diketuai oleh al Fonso VI yang berjumlah 80,000 tentera berjaya dikalahkan. Dalam masa yang singkat Sultan Yusuf berjaya menguasai seluruh Sepanyol dan menyelamatkan umat Islam. Selepas itu, Sepanyol Dinasti Murabit berdiri sejak 1090 hingga 1147 Masihi.

TENTERA ISLAM MENGALAHKAN TENTERA MONGOL

Pada tahun 126 hingga 1405 masihi, kaum Mongol melebarkan penaklukannya hampir kesemua benua Asia. Menurut rekod, empayar penaklukan mereka meliputi seluas 33 juta kilometer persegi. Jeneral tentera Mongol dikenali sebagai Genghis Khan. Dalam misi penaklukan itu, mereka membunuh melebihi sejuta rakyat negara yang ditakluki. Penaklukan mereka menjangkau hingga ke Moscow dan Kiev.

Pada tahun 1258, tentera pimpinan Jeneral Hulagu Khan merempuh kota Baghdad yang menjadi kemegahan Dinasti Abbasiah. Dalam serangan itu, ramai umat Islam terbunuh dan banyak buku karangan sarjana Islam dibuang ke dalam Sungai Furat dan Dajlah sehingga airnya menjadi hitam kerana dakwat.

Pada 15 Ramadhan 658 Hijrah bersamaan 1260 Masihi, angkatan tentera Islam bangkit membuat serangan balas. Tentera Islam dan para ulama pimpinanSultan Qutuz dari Dinasti Mamluk, Mesir mara ke Palestin selepas Mongol menguasainya. Kedua-dua pihak bertemu di ‘Ain Jalut.

Dalam pertempuran itu, tentera Islam meraih kemenangan dan berjaya menawan Kitbuqa Noyen, seorang Leftenan Kristian yang memberi nasihat kepada Hulagu Khan bagi menyerang Baghdad. Kitbuqa akhirnya dihukum bunuh. Kemenangan itu adalah suatu yang luar biasa apabila Mongol yang terkenal dengan keganasan akhirnya kalah kepada tentera Islam.

PEPERANGAN YAKHLIZ

Pada 15 Ramadhan 1294 Hijrah, bala tentera Islam Dinasti Uthmaniah yang dipimpin oleh Ahmad Mukhtar Basya dengan jumlah 34,000 anggota mengalahkan tentera Rusiayang berjumlah 740,000. Seramai 10,000 tentera Rusia terbunuh dalam pertempuran itu. Ia menjadi kebanggaan umat Islam mempertahankan agama yang diancam oleh kerajaan Tzar di Rusia.

TERTAWANNYA GARIS BAR LEV, ISRAEL

Dalam sejarah moden, berlaku Perang Yom Kippur yang melibatkan tentera Islam pakatan Mesir dan Syria dengan tentera Yahudi Israel pada 10 Ramadhan 1390 Hijrah bersamaan 6 Oktober hingga 22 atau 24 Oktober 1973 Masihi.Perang Yom Kippur, juga dikenali sebagai Peperangan Arab-Israel 1973,Perang Oktober, dan Perang Ramadhan.

Ia adalah sebahagian daripada konflik Arab-Israel sejak dari tahun 1948. Pada bulan Jun 1967, berlaku Perang Enam Hari antara Israel dengan Mesir, Syria dan Jordan. Dalam pertempuran itu , Israel berjaya menduduki Bukit Golan, Syria di utara serta Semenanjung SInai, Mesir di selatan sehingga ke Terusan Suez. Selepas itu, Israel membina barisan pertahanan di SInai dan Bukit Golan. Pada tahun 1971, Israel memperuntukkan 500 juta dolar Amerika bagi membina kubu dan kerja tanah raksasa yang dinamai Garis Bar Lev sempena nama Jeneral Israel, Haim Ber Lev.

Israel bermegah dengan kubu Bar Lev yang didakwa ‘tidak dapat ditawan’ kerana mempunyai kekebalan dan teknologi peralatan yang canggih. Namun, tentera Islam berjaya menawan kubu itu sekaligus mengalahkan Israel. Antara peristiwa menarik dalam peperangan ini adalah peranan seorang sarjana Islam merangkap sebagai Imam Masjid Bandar Suez al Marhum, Syeikh Hafiz Salamah yang mengambilalih pimpinan operasi peperangan.

Beliau menggantikan jawatan ini apabila gabenor daerah bersedia menyerah kalah. Akhirnya para mujahidin gabungan tentera Mesir, Syria dan penduduk bandar Suez berjaya megasak tentera Israel yang terpaksa berundur sehingga terpaksa menyerahkan Semenanjung Sinai dan Bukit Golan.

SALAM RAMADHAN























Salam Ramadhan buat pembaca blog ini.semoga berada dalam keadaan sihat wala'fiat seadannya..Mohon beribu kemaafan atas segala kesulitan kerana telah lama tidak bersua didalam blog dikeranakan kesibukan hal dunia yang tidak berkesudahan ini.Alhamdulillah hari ini telah masuk hari ke-20 umat islam didunia ini berpuasa.Terasa sudah kepenatan dan kelesuan berpuasa jika dibandingkan hari pertama kita berpuasa.Akan tetapi inilah yang telah disyariatkan keatas kita sebagai umat islam agar lebih taat dan tawaddhu kepada Allah s.w.t.

Didalam pertemuan ini,penulis ingin mengucapkan rasa syukur diatas kesempatan Ramadhan kali ini.Kerana ada sesetengah saudara-saudara kita yang tidak berkesempatan Ramadhan kali ini.Disebabkan Allah lebih menyayangi mereka dan menjemput mereka terlebih dahulu.

Ramadhan......

Apa yang ada didalam bulan Ramadhan ini?

Mengapa bulan Ramadhan ini dipanggil bulan yang teramat istimewa?

Ramadhan ialah bulan dimana semua umat islam diwajibkan berpuasa.Asal namanye islam,mereka diwajibkan berpuasa.Lihat firman Allah s.w.t ini:

"Wahai Orang-Orang Yang Beriman,Telah Difardhukan Keatas Kamu Berpuasa Seperti Yang Telah Difardhukan Keatas Umat Terdahulu Supaya Kamu Menjadi Hamba Yang Bertaqwa"

Firman diatas telah menunjukkan kepada kita bahawa Allah s.w.t menyuruh kita agar berpuasa supaya menjadi hambanya yang bertaqwa.Tetapi apa yang terjadi pada masa kini,puasa seolah-olah menjadi suatu adat atau tradisi sejak turun temurun.Ada yang memandang remeh terhadap puasa.Rasa nak puasa,puasa,rasa taknak ditinggalkannya.Adakah itu yang dituntut oleh islam.Marilah sama-sam kita menjadi hamba yang bertaqwa disisi allah s.w.t.

Didalam bulan Ramadhan inilah kita hendak melatih nafsu kita agar tunduk dan patuh kepada kita.Bukan membiarkannya menundukkan kita.

Didalam bulan ramadhan ini juga terdapat satu malam.Yang mana malam ini jika melakukan amal kebaikan Allah akan menggandakan pahala kita seolah-olah kita melakukan amalan seribu bulan.Siapa yang mendapat malam ini tersangatlah bertuah kerana amat susah untuk kita dapatkannya.Akan tetapi berusahalah agar mendapat malam ini.Yang mana malam dinamakan 'malam lailatul qadar.rebutlah malam ini.Insyallah akan memperoleh bukan hari ini tetapi esok lusa,mana mungkin kita tahu kerana semuanya telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.

Renung-renugkanlah.Semoga kita memperoleh kemenangan yang sebenar-benar kemenangan diakhirat kelak.Berdoalah kepada Allah kerana 'DIA' maha mendengar lagi mengetahui.Insyaallah.

Barakallahulakuma.

Saturday, May 8, 2010

Selamat Hari Ibu




Ucapan Selamat Hari Ibu buat seluruh Ibu-Ibu di seluruh dunia.Terutama Bundaku Hajah Aminah Bt Mamat.Ibu yang sangat ku sayangi dan kasihi.Sanggup melayan kerenah anak-anaknya terutama daku.Ibu..jasamu tidak pernah ku lupakan mendidik daku menjadi insan yang berguna..."I LOVE MY MOM"

Ibu..terimalah....seloka dariku.......


Selamat Hari Ibu

Ibu..
Di saat ku melihat dunia,
Kau tersenyum menangis gembirra,
Tatkala ku dibesarkan,
kau berikan segunung kasih sayang,
Selaut belaian..

Ibu..
Akan ku gapai kejayaan biarpun tanah tak ku pijak,
Akan ku cari kejayaan untuk kau ibu,
Itu lah yang mampu membuatkan kau tersenyum gembira melihat ku,
Akan ku jadikan bunga-bunga di taman,
tempat lebah mencari madu,
Agar madu yang manis membuatkan hidupmu lebih bererti..

Ibu..
Pengorbananmu akan ku balas,
Pengajaranmu sentiasa jadi pegangan,
Biarpun ombak merobek dunia,
Kau tetap ibuku yang satu.


Monday, March 22, 2010






Jejak Islam di Spanyol (II): Alhambra – Benteng Terakhir

Alhambra (c) Hawis Madduppa

Netsains.com – Perjalanan jejak islam berlanjut ke kota Granada. Di sini terletak Alhambra, warisan sejarah dunia berdasarkan UNESCO World Heritage Site yang dinobatkan sejak tahun 1984.


Alhambra merupakan kompleks istana dan benteng yang dibangun pada pertengahan abad ke-13 oleh Bani Umayyah di Al-Andalusia, yang berada diperbukitan kota Granada, sekarang di komunitas otonom Andalusia, Spanyol. Alhambra tidak hanya sebagai bangunan bekas istana raja-raja islam, akan tetapi menjadi bukti sejarah peradaban islam.

Alhambra berasal dari bahasa Arab yang secara harfiah berarti “yang merah”, atau bentuk lengkapnya adalah Calat Alhambra yang berarti “benteng merah”, yang mencerminkan warna tanah liat merah dari bahan bangunan benteng ini dibuat. Meskipun sebenarnya bangunan dari Alhambra awalnya bercat putih, namun sekarang bangunan terlihat saat ini adalah kemerahan.

Sejarah

Alhambra selesai dibangun menjelang akhir kekuasaan Islam di Spanyol oleh Yusuf I (1333-1353) dan Muhammad V, Sultan Granada (1353-1391). Alhambra merupakan refleksi dari budaya dari hari-hari terakhir Bani Umayyah Granada, tempat di mana seniman dan intelektual muslim berlindung. Alhambra mencampurkan unsur-unsur alami dengan yang buatan manusia, dan merupakan bukti keterampilan tingkat tinggi dari pengrajin Muslim waktu itu.

Awalnya bangunan ini dirancang sebagai kompleks militer, namun kemudian Alhambra dijadikan kediaman dan istana kerajaan islam di Granada pada pertengahan abad ketiga belas, setelah pembentukan kerajaan Bani dan pembangunan istana pertama, oleh raja pendiri Muhammad bin Yusuf ben Nasr, yang lebih dikenal sebagai Alhamar.

Sepanjang abad ketiga belas, keempat belas dan kelima belas, benteng ini diperluas dan penambahan menara pertahanan, yang secara keseluruhan dibagi menjadi dua bagian yaitu area militer atau disebut Alcazaba, dan madinah atau kota pengadilan, dimana Nasrid Palace terletak, tempat raja-raja dan bangsawan menetap.

Penguasa muslim Granada dan Alhambra (ketika itu dipimpin oleh Abu ‘abd-Allah Muhammad XII) menyerah tanpa perlawanan berarti pada tahun 1492, sehingga benteng ini selamat dari serangan Raja Ferdinand II dari Aragon dan Ratu Isabella I dari Castile yang sudah siap pasukan besarnya. Oleh karenanya, kita masih bisa melihat keindahan dan kemegahan dari Alhambra, karena luput dari penghancuran. Setelah dibiarkan rusak dan terbengkalai selama bertahun-tahun, Alhambra “ditemukan kembali” pada abad ke-19. Yang sekarang menjadi salah satu tujuan wisata utama Spanyol dan peninggalan arsitektur Islam yang paling terkenal.

Kompleks Alhambra

Memasuki kawasan Alhambra seakan-akan berada dalam taman firdaus dan membawa kita merasakan kejayaan islam pada masa lampau, serta larut dalam kekaguman bahwa betapa mahakarya ada disini. Kompleks monumen Alhambra ini meliputi beberapa bagian, yakni Charles V Palace, Medina, Alcazaba, Rauda, Nasrid Palace dan Generalife, yang meliputi wilayah sekitar 142.000 meter persegi. Sebelum memasuki Nasrid Palace, terlihat bangunan Charles V Palace mulai dibangun pada tahun 1533 setelah kota Granada diambil oleh Raja Katolik pada tahun 1492. Ini merupakan salah satu proyek-proyek besar kaisar untuk kota Granada. Alhambra menjadi pilihan untuk konstruksi karena adanya ketertarikan raja terhadap peninggalan istana Arab yang indah dan minatnya dalam melestarikan istana tersebut untuk anak cucu. Di seberangnya terdapat Alcazaba yang merupakan benteng dan pemusatan latihan militer kerajaan.

Nasrid Palace merupakan kompleks istana untuk kediaman raja-raja Granada, dan merupakan daya tarik terbesar dari keselurahan kompleks Alhambra. Pembangunannya dimulai oleh pendiri dinasti Alhamar pada abad ketiga belas, meskipun gedung-gedung yang bertahan sampai sekarang umumnya berasal dari abad keempat belas. Untuk keseluruhan objek Alhambra, hanya di Nasrid Palace ini diberikan jadwal masuk, untuk mengantisipasi membludaknya pengunjung di dalam istana. Meskipun setelah berada di dalam istana tidak dibatasi waktunya.

Terakhir adalah Generalife, merupakan tempat bermain dan bersantainya para bangsawan dan raja-raja. Tempat ini dibuat seperti taman dan air mancur. Asal kata dari Generalife adalah dari bahasa Arab, yakni Yanat- al- Arif artinya kebun arsitek. Yang merupakan symbol bahwa kreasi di dunia ini merupakan dari Allah sebagai arsitek dan pencipta alam semesta.

Seni Islami

Bagi saya, Alhambra merupakan peninggalan seni islam yang luar biasa. Ukiran kaligrafi islam pada batu marmer, ditempelkan pada hampir semua dinding utama istana. Bentuk kolom, muqarnas dan stalaktit pada dekorasi langit-langit, muncul dalam beberapa ruang, dan interior dari semua istana dihiasi dengan tulisan arab dan kaligrafi, yang mempunyai arti tersendiri. Misalnya tulisan “wa la ghalibu illallah” ditulis berulang-ulang di beberapa dinding dan sangat bermotif, yang artinya tidak ada pemenang/kejayaan selain Allah, oleh Zawi ben Zirí, pendiri Banu Nasri. Mungkin bermaksud mengingatkan selalu akan kekuasaan Allah SWT. Kaligrafi arab ini berasal dari, antara lain raja-raja Yusuf, Mohammed V, dan Ismail I.

Dinding-dinding Alhambra yang penuh dengan hiasan kaligrafi merupakan tulisan-tulisan kursif dan kufic. Terdapat pula puisi oleh tiga penyair dari Pengadilan Granada, yakni Ibnu al-Yayyab (1274-1349), Ibn al-Jatib (1313-1375) dan Ibn Zamrak (1333-1393), sekretaris dari kedutaan kerajaan dan perdana menteri. Di antara mereka, Ibnu Zamrak dianggap sebagai yang paling cemerlang dari para penyair dari Alhambra.

Dekorasi dalam istana ini menggambarkan sisa-sisa kekuasaan Moorish di Spanyol dan mengantarkan pada akhir periode besar seni di Granada Andalusia. Ukiran dan gaya baru seni islam ini banyak mempengaruhi berbagai bangunan di Spanyol dan beberapa negara lain.

Penutup

Alhambra merupakan bukti akan kejayaan Islam pada masa lampau di semenanjung Iberia. Di kawasan Andalusia ini pula lahir banyak ilmuwan muslim, sebut saja Al Zahrawi (Abulcasis, ahli bedah modern), Ibn Rushd (Averroes, filsafat), Al Idris (pembuat globe atau bola peta dunia), Al Zarqali (Arzachel, astronom, penemu kalender almanak), dan Ibn Firnas (pembuat cikal bakal pesawat terbang dan parasut, dengan mencoba pertama kali terbang dengan bulu-bulu yang menyerupai sayap). Alhambra juga sekaligus menjadi simbol dan benteng terakhir kekalahan Islam di Spanyol. Banyak yang mensinyalir bahwa kekalahan ini akibat dari sang penguasa sibuk dengan tahta, wanita dan kemewahannya, serta lalai akan umat dan agamanya.

Thursday, February 25, 2010

Sejarah Kelahiran Nabi Muhammad S.A.W





Mengikut pe
ngarang buku Ketinggian Risalah Nabi Muhammad s.a.w. bahawa yang menyambut Nabi bukan Siti Syifa’ tetapi Ummu Aiman, hamba ibu Nabi. Dan dialah yang mengasuh dan merawat Nabi pada hari-hari awal kelahiran baginda.
Saat itu ialah malam Isnin 12 Rabiulawal bertepatan dengan tahun 570 Masihi, maka dengan kehendak Allah yang telah pun mengatur segala-galanya peristiwa di alam ini lahirlah seorang bayi lelaki yang amat elok rupanya dan sihat badannya. Siti Syifa’ selaku bidan terus menyambut bayi yang comel dan sihat itu lalu dibersihkan badan Nabi dengan membasuhnya dengan air. Kemudian dibalutnya dengan kain putih yang bersih.

Pada saat Nabi dilahirkan itu berlaku banyak perkara yang tidak pernah diduga oleh akal manusia. Keajaiban itu terjadi di seluruh alam. Dari depan mata Siti Syifa’ hinggalah tepi dunia dan juga ke lapisan langit yang ketujuh.

Peristiwa yang pelik dan aneh yang disaksikan oleh ibu Abd. al-Rahman bin Auf itu ialah tentang kenapa anak sulung Siti Aminah binti Wahab isteri kepada Abdullah bin Abd. al-Muttalib ini tidak menangis sebaik sahaja keluar dari perut ibunya? Sedangkan belum pernah terjadi dalam sejarah peradaban manusia bahawa bayi yang baru keluar dari perut ibunya tidak menangis! Ini adalah satu petanda yang agung pada pendapat bidan yang merawati Siti Aminah itu ketika melahirkan bayi sulungnya yang cantik bersih itu.

Nabi ketika dilahirkan tidak menangis seperti kanak-kanak biasa. Tetapi baginda telah bersin. Inilah yang anehnya. Samalah dengan yang telah terjadi kepada bapa kita, Nabi Adam a.s ketika beliau mula-mula dimasukkan ruh oleh Allah ke dalam badannya. Setelah hidup dan bernafas, tiba-tiba beliau bersin.

Suasana di rumah Abd al-Muttalib ketika Siti Aminah mahu melahirkan anak sulungnya itu hanya diterangi oleh cahaya pelita atau damar sahaja. Namun sejurus Nabi dilahirkan, tiba-tiba rumah itu menjadi terang benderang seperti disuluh oleh cahaya lampu elektrik seperti yang dapat kita lihat pada zaman sekarang ini sehingga dalam rumah Abdullah itu keadaannya menjadi seperti waktu siang. Seolah-olah ada lampu besar yang menyinari ruang bilik tempat Siti Aminah sedang melahirkan Nabi itu. Ini sesungguhnya adalah sesuatu yang amat aneh.

Di luar rumah Abdullah pula, berhala-berhala yang berdiri megah di sekeliling Kaabah semua tumbang seperti ditolak oleh suatu tenaga yang kuat dari arah Kaabah.

Peristiwa aneh dan luar biasa yang berlaku di tempat yang jauh pula ialah api di Parsi yang menjadi pujian rakyat Parsi yang beragama Majusi yang sejak dinyalakan tidak pernah padam-padam itu tiba-tiba sahaja padam. Istana Maharaja Parsi, Kisra pula bergoncang.

Di langit pula, para malaikat sibuk bercakap tentang kelahiran insan agung yang akan membawa obor yang terang benderang untuk menyuluh umat manusia yang sedang bergelumang hidup di dunia kesesatan.

Begitulah beberapa peristiwa yang terjadi ketika Siti Aminah melahirkan putera sulungnya yang tunggal yang bakal menjadi Nabi umat akhir zaman itu.

Iktibar dan pengajaran ayat


Antaranya:

* Memohon dan berdoa kepada Allah untuk kebaikan zuriat dan menjadi soleh. Fikirlah bagaimana Nabi Ibrahim berdoa kemudian selepas ribuan tahun lahirnya Rasulullah s.a.w yang mentahqiqkan segala doa Ibrahim.


* Tugas rasul yang disenaraikan dalam ayat di atas ialah membaca kitab Allah, mengajar kitab-Nya, mengajar hikmah dan ilmu dan menyucikan daripada noda maksiat dan dosa.


* Betapa pentingnya menuntut dan mempelajari ilmu apatah lagi yang boleh membimbing keselamatan di dua negeri dunia dan akhirat. Ilmu yang bermanfaat sudah pasti dapat menyelamatkan tuannya dari terseret ke lembah kehinaan dan kejahilan.

* Mengkaji dan mempelajari sirah Rasulullah s.a.w. amat penting apatah lagi suasana masa kini musuh-musuh Islam melabelkan Rasulullah s.a.w. dengan pelbagai label dan gambaran yang amat keji.

Monday, December 14, 2009

wajah comel sikecil riang


salam sahabat mahupun kenalan..alhamdulillah bertemu kembali di ruangan blog yang tidak seberapa ini.Sudah lama saya tidak menulis blog ini kerana sibuk untuk mengahadapi peperiksaan yang bakal menentukan masa hadapan.

Mengapa saya meletakan tajuk post saya kali ini "wajah comel sikecil riang"..?

Wajah ini adalah salah seorang anak ukhti saya.Anak ini merupakan cahaya matanya yang terbaru untuk tahun 2009.Inilah satu-satunya anak saudara saya yang saya menantikan kehadirannya.Ini kerana saya dapat merasakan bahawa sikecil ini akan membawa kebahagiaan kepada keluarga yang besar ini.Anak ini diberi nama Ahmad Ali Rusyaidi.

Sikecil ini sungguh riang berbanding kakak dan abangnya.Semoga anak ini akan mejadi seorang anak yang soleh dikemudian hari.Amin...