Monday, August 30, 2010

SALAM RAMADHAN























Salam Ramadhan buat pembaca blog ini.semoga berada dalam keadaan sihat wala'fiat seadannya..Mohon beribu kemaafan atas segala kesulitan kerana telah lama tidak bersua didalam blog dikeranakan kesibukan hal dunia yang tidak berkesudahan ini.Alhamdulillah hari ini telah masuk hari ke-20 umat islam didunia ini berpuasa.Terasa sudah kepenatan dan kelesuan berpuasa jika dibandingkan hari pertama kita berpuasa.Akan tetapi inilah yang telah disyariatkan keatas kita sebagai umat islam agar lebih taat dan tawaddhu kepada Allah s.w.t.

Didalam pertemuan ini,penulis ingin mengucapkan rasa syukur diatas kesempatan Ramadhan kali ini.Kerana ada sesetengah saudara-saudara kita yang tidak berkesempatan Ramadhan kali ini.Disebabkan Allah lebih menyayangi mereka dan menjemput mereka terlebih dahulu.

Ramadhan......

Apa yang ada didalam bulan Ramadhan ini?

Mengapa bulan Ramadhan ini dipanggil bulan yang teramat istimewa?

Ramadhan ialah bulan dimana semua umat islam diwajibkan berpuasa.Asal namanye islam,mereka diwajibkan berpuasa.Lihat firman Allah s.w.t ini:

"Wahai Orang-Orang Yang Beriman,Telah Difardhukan Keatas Kamu Berpuasa Seperti Yang Telah Difardhukan Keatas Umat Terdahulu Supaya Kamu Menjadi Hamba Yang Bertaqwa"

Firman diatas telah menunjukkan kepada kita bahawa Allah s.w.t menyuruh kita agar berpuasa supaya menjadi hambanya yang bertaqwa.Tetapi apa yang terjadi pada masa kini,puasa seolah-olah menjadi suatu adat atau tradisi sejak turun temurun.Ada yang memandang remeh terhadap puasa.Rasa nak puasa,puasa,rasa taknak ditinggalkannya.Adakah itu yang dituntut oleh islam.Marilah sama-sam kita menjadi hamba yang bertaqwa disisi allah s.w.t.

Didalam bulan Ramadhan inilah kita hendak melatih nafsu kita agar tunduk dan patuh kepada kita.Bukan membiarkannya menundukkan kita.

Didalam bulan ramadhan ini juga terdapat satu malam.Yang mana malam ini jika melakukan amal kebaikan Allah akan menggandakan pahala kita seolah-olah kita melakukan amalan seribu bulan.Siapa yang mendapat malam ini tersangatlah bertuah kerana amat susah untuk kita dapatkannya.Akan tetapi berusahalah agar mendapat malam ini.Yang mana malam dinamakan 'malam lailatul qadar.rebutlah malam ini.Insyallah akan memperoleh bukan hari ini tetapi esok lusa,mana mungkin kita tahu kerana semuanya telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.

Renung-renugkanlah.Semoga kita memperoleh kemenangan yang sebenar-benar kemenangan diakhirat kelak.Berdoalah kepada Allah kerana 'DIA' maha mendengar lagi mengetahui.Insyaallah.

Barakallahulakuma.

No comments: