Monday, August 30, 2010

RAMADHAN VS MERDEKA






















"Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah"

Salam pagi Ramadhan mubarak,semoga kalian masih berada dibawah naungan Allah s.w.t hendaknya.Alhamdulillah selesai sudah waktu sahur dan solat subuh secara berjemaah tadi dimasjid.Bila dah balik tak tahu nak buat apa lalu tangan rasa seperti gatal untuk berceloteh diruangan ini.Memandangkan rakyat malaysia baru sahaja lepas sambut hari kemerdekaan,jadi penulis nak berkongsi sikit tentang Ramadhan vs Merdeka.

Ramadhan bulan yang mulia,Merdeka hari yang bersejarah.

Kalau kita lihat ada persamaan atau tidak dalam ungkapan diatas...??

Mungkin tidak,mungkin ya....

Secara kebetulan sambutan hari Kemerdekaan tahun ini jatuh pada bulan Ramadhan.Lalu disambut didalam bulan Ramadhan yang mulia.

Definisi Merdeka ialah bebas dari belenggu penjajah.Tetapi penulis ingin bertanya kepada pembaca,"ADAKAH KITA BETUL-BETUL MERDEKA?".Mungkin secara zahir kita lihat Negara sudah merdeka dari dijajah oleh Negara lain.Tetapi sebaliknya kita masih lagi dijajah baik dari aspek dalaman dan luaran.Apa yang telah dijajah pada aspek dalaman...??

Kita lihat sendiri bagaimana negara kita menyambut Hari Kemerdekaan.Sama atau tidak dengan luar yang menyambut hari tersebut?.Boleh dikatakan 95% sama sahaja sambutan kita dengan Negara lain.Walhal Negara kita adalah Negara islam.Jika kita lihat,bila tibanye 31 ogos,ramai pasangan kekasih yang keluar bersama-sama untuk menyambut Merdeka.Bukan sahaja pasangan kekasih,'mat motor' atau lebih dikenali 'mat rempit' juga tidak ketinggalan keluar beramai-ramai memenuhi jalan dan menunjukkan aksi hebat mereka.Inikah yang dinamakan "MERDEKA".Pada luaran sahaja Merdeka.Tetapi pemikiran mereka masih blom merdeka dek kerana tinggalan jajahan kuasa-kuasa besar dahulu.

Penulis rasa buat apalah kita sambut Merdeka kalau diri kita sendiri belum lagi merdeka.Merdekakan lah dahulu diri kita.Bebaskan diri anda dari cengkaman dan pemikiran penjajah.

Lagi satu,penulis berasa terharu.Mana tidaknya,pada malam Merdeka ramai wanita yang dengan rela hati menyerahkan tubuh mereka kepada lelaki dayus.

WAHAI WANITA!!!!

Bangkitlah...

Janganlah kamu jadi hamba nafsu lelaki dayus ini.Ingatlah Allah.Ini bulan Ramadhan.Bulan penuh Kerahmatan.Bantulah diri sendiri melawan Nafsu ammarah itu.

Penuhilah Ramadhan kamu dengan kebaikan.Tinggalkan kemungkaran dan sentiasalah bangkit untu kemajuan diri sendiri dan Negara.

No comments: