Sudah seminggu diriku terlantar di kamar.Menanti dan menghitung hari-hari yang sudah berlalu.Aku kesepian dan kesedihan pabila diriku tidak mampu sudah untuk bergerak lagi kerana mengalami penyakit yang menyukarkan segala pergerakan.
Ketika menulis coretan ini,diri ini sedang berada dalam keadaan menahan seribu penderitaan.Aku teringat lagi hari-hari aku sihat,bukan main girangnya lagi aku kesana kemari menguruskan diri,bekerja,mencari sesuap nasi,dan mencari bekalan dunia dan juga akhirat.Tetapi kini semua itu sudah tiada.Aku terlantar bertemankan seorang ibu yang sentiasa mendampingiku dari kecil sehinggalah aku dewasa."Terima Kasih Ibu".
Aku menulis ini bukan kerana nak mengadu kepada sesiapa kerana ku tahu,aku mesti mengadu hanya pada Allah.Tetapi aku menulis ini sekadar coretan dari diri yang kerdil ini.Manalah tahu ini merupakan coretan terakhir buat diri ini.Aku sentiasa mengharapkan doa dari sahabat-sahabatku.
Cukuplah ku rasa dulu coretanku untuk kali ini..hamba ini sentiasa memohon kemaafan dari pembaca...
No comments:
Post a Comment