Mungkin pembaca sekalian tertanya-tanya,apa yang pengarang hendak berceloteh diruangan ini.Barangkali pengaduan,kongsi masalah atau sebagainya.Tetapi pengarang hanya ingin berkongsi bersama pembaca sekalian.
Apa yang boleh dikatakan bila menjelang Tahun Baru...??
Bila disebut-sebut tahun baru,pasti pada pemikiran kita semua pesta bagi 'mat-mat rempit' merempit diatas jalan.Ataupun pesta seks bagi remaja-remaja yang terbiar.Yang tidak takut kepada tuhan atau tiada iman didada mereka.
Mari kita merenung kembali,
Tahun baru yang akan tiba hanya beberapa hari ini adalah satu peristiwa pertukaran tahun.Yang lazim memang akan berubah setiap tahun.Jadi,adakah tahun sahaja yang akan bertukar..??.Bagaimana pula dengan diri kita..??.Adakah diri kita tidak perlu diupgrade..??
Waktu inilah kita perlu berubah.Dari seorang yang hanya bergelar manusia kita tukarkan kepada hamba yang patut taat kepada sang pencipta.Kita cuba untuk berubah.Kerana allah taala sangat menyukai hambanya yang sentiasa melakukan perubahan.
Perlukah kita ditakuk lama..??
Pengarang merasakan perlulah kita melakukan perubahan.Merubah langkah setapak demi setapak.insyallah pasti akan berolah hidayah dari tuhan.
1 comment:
ye betul..berubah utk dapatkan hidup yg lebih berkualiti..*wink*
Post a Comment