Monday, December 14, 2009

wajah comel sikecil riang


salam sahabat mahupun kenalan..alhamdulillah bertemu kembali di ruangan blog yang tidak seberapa ini.Sudah lama saya tidak menulis blog ini kerana sibuk untuk mengahadapi peperiksaan yang bakal menentukan masa hadapan.

Mengapa saya meletakan tajuk post saya kali ini "wajah comel sikecil riang"..?

Wajah ini adalah salah seorang anak ukhti saya.Anak ini merupakan cahaya matanya yang terbaru untuk tahun 2009.Inilah satu-satunya anak saudara saya yang saya menantikan kehadirannya.Ini kerana saya dapat merasakan bahawa sikecil ini akan membawa kebahagiaan kepada keluarga yang besar ini.Anak ini diberi nama Ahmad Ali Rusyaidi.

Sikecil ini sungguh riang berbanding kakak dan abangnya.Semoga anak ini akan mejadi seorang anak yang soleh dikemudian hari.Amin...

Wednesday, November 25, 2009

Selamat Menyambut Hari Raya Idul Adha


Salam sahabat semua...dikesempatan yang tidak seberapa ini.Ana ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya i'dul adha.Sepertimana yang kita tahu,umat islam menyambut hari raya 2 tahun sekali.Ini adalah untuk mengingati ni'mat yang dikurniakan oleh Allah s.w.t.Memberi peluang kepada fakir miskin untuk merasa kebahagian seperti yang dirasai hamba yang lain.

Marilah sama-sama kita merenung dan muhasabah agar kehidupan kita akan mendapat keredhaan dan dapat menyambut i'dul adha dengan penuh kebahagian.banyakkan lah bertakbir,bertahmid,bertasbih memuji ilahi.salam eid......

Thursday, November 12, 2009

Tazkirah: Persaudaraan Kerana Allah


Ukhuwwah

Kehidupan di zaman ini menghadapi pelbagai cabaran, cabaran yang paling hebat ialah dengan bermaharaja lelanya kebendaan di dalam hubungan sesama manusia. Ini menuntut kita supaya memperbaharui ilmu tentang persaudaraan kerana Allah di dalam Islam.

Apa yang dimaksudkan dengan “ilmu persaudaraan kerana Allah” ialah bagaimana kita berkomunikasi, saling faham memahami, saling memaafkan, saling mengasihi diantara satu sama lain, dan bukan setakat itu bahkan bagaimana kita berselisih pendapat di antara satau sama lain di bawah bayangan kasih sayang kerana Allah?

Sesungguhnya seorang yang memperjuangkan Islam sangat memerlukan ilmu ini supaya hubungan di antara individu-individu di dalam sesuatu jemaah itu menjadi kukuh, dan supaya usaha kita semua tidak sia-sia begitu sahaja, kerana ukhuwah bukanlah syiar yang dilaung-laungkan ataupun kata-kata yang dituturkan, akan tetapi ia adalah perbuatan dan tingkah laku. Ia merupakan sistem kehidupan, kerjasama, saling lengkap melengkapi, kasih sayang, cermin setiap seorang daripada kita supaya dapat melihat dirinya dengan terang dan jelas, serta ia merupakan tubuh badan yang satu dan satu binaan yang kukuh.

Jadi, jika kita telah mencapai tahap ini maka kita telah menjejakkan kaki kita pada permulaan jalan untuk menuju kejayaan yang dimpikan, kita boleh mengambil pengajaran daripada sirah Baginda SAW di mana baginda mempersaudarakan diantara Muhajirin dan Ansor ketika mula-mula berhijrah ke Madinah sebagai satu langkah pertama selepas mengukuhkan aqidah dan iman di dalam jiwa para sahabatnya RA.

Demi merealisasikan tujuan ini, marilah kita merenung sejenak tentang kepentingan Ukhuwah, kedudukannya, cara-cara menyemai dan memeliharanya serta kesannya kepada individu dan masyarakat.

Kepentingan Ukhuwah

Ukhuwah adalah satu nikmat yang sangat besar yang dikurniakan oleh Allah kepada hamba-hambanya yang beriman kerana ia adalah satu hubungan yang mana tidak ada hubungan yang lebih kukuh daripadanya.

Sesungguhnya aqidah ini sangat ajaib. Apabila hati-hati pemiliknya bertemu, maka akan menjadi lembutlah hati yang keras, akan suburlah hati yang gersang, akan terikatlah hati-hati tersebut dengan ikatan yang sangat kuat dan mendalam. Justeru, pandangan mata, pergerakan anggota dan degupan jantung menjadi titik-titik perkenalan, kasih sayang, kesetiaan, kerjasama dan tolak ansur yang tidak mampu mengetahui rahsianya selain tuhan yang menyatukan hati-hati tersebut, dan tidak akan merasai kemanisannya melainkan hati-hati itu sendiri.

Allah mengingatkan hamba-hambanya tentang nikmatnya yang besar ini serta mengajak mereka kepada perpaduan serta menjauhi perpecahan dengan firmannya yang bermaksud: “Dan berpegang teguhlah kamu semua dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah. Dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika mana kamu semua bermusuhan lalu Allah menyatukan di antara hati-hatimu maka kamu menjadi bersaudara dengan nikmatnya. (Ali Imran: 103)

Mempersaudarakan di antara Muhajirin dan Ansar pada permulaan gerak kerja Nabi SAW di Madinah merupakan suatu yang amat penting di dalam menyediakan satu generasi yang hebat, dan di dalam membentuk negara Islam yang pertama. Baginda SAW mampu menyatukan sof mereka di atas satu tujuan yang lebih tinggi daripada segala tujuan dan kepentingan-kepentingan peribadi yang sangat mudah hilang ketika menghadapi mana-mana serangan. Baginda SAW mengikat mereka dengan hubungan aqidah serta menekankan tentang peri pentingnya hubungan yang tejalin di atas aqidah tersebut. Justeru, hubungan Ukhuwah ini mampu memelihara keamanan dalaman bagi negara baru tersebut dan menjadikannya mampu berdepan dengan pelbagai jenis cabaran.

Berkata seorang ‘alim: Apa yang dimaksudkan dengan Ukhuwah itu ialah terikatnya hati-hati dan jiwa-jiwa dengan ikatan aqidah, dan aqidah itu adalah ikatan yang paling kuat dan mahal. Ukhuwah itu adalah saudara iman dan perpecahan adalah saudara kekufuran. Kekuatan yang pertama adalah kekuatan perpaduan namun tidak akan tercapainya perpaduan tanpa kasih sayang dan tahap kasih sayang yang paling rendah ialah dengan berlapang dada dan tahap yang paling tinggi ialah dengan mengutamakan orang lain ke atas dirinya sendiri. Allah berfirman yang bermaksud, “Dan barangsiapa yang dipelihara kebakhilan dirinya maka merekalah orang-orang yang beruntung.” (Al-Hasyr: 9)

Seorang yang benar akan melihat sahabat-sahabatnya lebih utama dari dirinya kerana jika dia tidak bersama mereka maka dia akan bersama orang lain dan jika mereka tidak bersamanya maka mereka akan bersama selainnya, dan serigala hanya akan memakan kambing yang bersendiri. Nabi SAW bersabda yang bermaksud, “Orang mukmin terhadap orang mukmin umpama satu bangunan yang saling mengukuhkan antara satu sama lain.” Allah berfirman yang bermaksud, “Dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan sebahagian mereka adalah penolong sebahagian yang lain.” (At-Taubah: 71)

Friday, November 6, 2009

Istiqamah

"Perpisahan pasti ada perjumpaan kecuali berpisahnya nyawa dari badan"




Assalamualaikum..syukur kehadrat ilahi atas ni'mat yang dikurniakan walaupun hanya sementara.Sakit yang telah diberi telah dikurniakan kesembuhan.Marilah sama-sama kita merenung kembali kekuasaan allah s.w.t yang tidak boleh difikirkan oleh akal manusia yang secetek ini.

Post pada kali berkaitan dengan tentang amalan yang telah dilakukan.Adakah kita berjaya melakukan dengan istiqamah ataupun tidak.Mu'min yang beriman dan berpegang teguh dengan islam akan sentiasa melakukan amalan dengan istiqamah.Maupun dari sudut pekerjaan ataupun sudut pembelajaran.

Allah s.w.t sangat suka kepada hambanya yang melakukan amalan dengan penuh khusyuk dan istiqamah.Istiqamah ini ialah sesuatu perkara yang baik dilakukan dengan bersungguh-sungguh.Terutama istiqmah didalam pembelajaran.Ilmu Allah sangat luas dan tiada sempadan.oleh itu tuntut laha ilmu itu dengan sebaik mungkin.Agar mudah-mudahan kita akan menjadi hamba yang istiqamah.

mungkin sesetengah mereka berpendapat bahawa untuk melakukan sesuatu yang istiqamah amalah payah.Hal ini terjadi adalah kerana lemahnya iman kita.Bagaimanakah untuk menguatkan iman kita?

Caranya adalah dengan sentiasa mengabdikan diri kepada allah s.w.t.Contohnya seperti melakukan solat malam,iaitu qiamullail.

Sesuatu yang diingini perlulah ada sedikit pengorbanan dan usaha yang kuat.Jadilah mu'min yang istiqamah.Berdoalah lepada yang esa.wallahua'lam..

Tuesday, October 20, 2009

Allah S.W.T Sebagai Tempat Memohon

Assalamualaikum.Selamat bertemu kembali.Hari ini cukuplah sudah 2 minggu ana terlantar dirumah kerana mengidap penyakit yang mungkinmudah untuk pulih,tetapi kita hanya memohon sahaja kepada allah.Hendak menyembuhkan adalah tugasNYA terhadap hambaNYA.

Dikesempatan ini ana ingin berkongsi tentang bagaimana kita selaku hambaNYA memohon doa kepada Allah S.W.T.Kita memang diciptakan hanya untuk beribadah kepadaNYA.Beribadah bukanlah hanya solat,tetapi tidur juga boleh dianggap satu ibadah.

Memohon kepadaNYA dengan sepenuh perasaan dan menyerahkan segalanya kepada Allah.Hamba yang paling kedekut adalah hamba yang paling malas memohon kepada Allah S.W.T.

Merenung dan muhasabah lebih bagus daripada bercakap tetapi tidak menghayati..hidup adalah untuk beribadah dan tidaklah allah menciptakan manusia itu dengan sia-sia.

Saturday, October 10, 2009

kesungguhan mentaati allah


Assalamualaikum...salam sejahtera..bersyukur ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurnia dapat sama-sama lagi kita bersua kembali.Didalam post yang lepas kita telah berbicara tentang jihad islam menggunakan senjata atau teknologi yang canggih.Didalam post ini pula kita akan berbicara tentang kesungguhan kita didalam menyintai Allah dan kekasihNYA,Nabi Muhammad S.A.W.Sepertimana yang kita tahu,manusia dicipta allah sebaik-baik kejadian.Allah mencipta manusia lain daripada Allah mencipta Jin,Haiwan dan selainnya.Manusia Allah kurniakan akal fikiran yang bagus dan tidak terdapat pada ciptaannya yang lain.Tujuannya adalah untuk manusia berfikir tentang keesaan Allah s.w.t.

Tetapi lain yang jadinya pada zaman sekarang.Manusia sudah tidak berfikir tentang keesaan allah tetapi lebih suka berfikir tentang kehebatan masing-masing.Memuja sesama mereka.Sedangkan Allah telah berfirman didalam kitabnya yang agung,yang bermaksud:"TIDAK AKU MENCIPTAKAN JIN DAN MANUSIA ITU UNTUK BERIBADAH KEPADAKU(ALLAH)".

Begitulah kehidupan kita,sudah diaturkan olehNYA kerana kita selaku hambaNYA,dihidupkan di Dunia hanya sementara dan yang kekal abadi hanya di Akhirat kelak.

Allah S.W.T juga menciptakan manusia adalah sebagai Khalifah ataupun Amir di muka bumi ini.Seperti didalam firmannya:"AKU MENCIPTAKAN MANUSIA ITU SEBAGAI KHALIFAH DI MUKA BUMI".
Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.Mereka menjadi Khalifah,tetapi mereka tidak berlaku adil terhadap pimpinannya.Sesungguhnya mereka yang menjadi khalifah itu adalah mereka yang jahil...KENAPAKAH ORANG YANG ALIM TIDAK MENJADI KHALIFAH...???
adakah mereka memang tidak pernah wujud....ataupun mereka wujud tetapi dianggap tidak wujud...

Sama-samalah kita merenung dan berfikir tentang keesaan Allah dan selaku hambanya mestilah taat dan patuh kepadanya

Thursday, October 1, 2009

jihad islam miliki Rudal canggih



Jihad Islam Tegaskan Miliki Rudal Canggih Bisa Tembus Askelan

Infopalestina: Brigade Militer Al Quds, sayap militer gerakan Jihad Islam Palestina, menegaskan pihaknya kini memiliki rudal canggih jarah jauh yang bisa menggempur permukiman Yahudi Askelan. Demikian dinyataan jurubicara Brigade al Quds, Abu Ahmad, kemarin, 06/03.

Dalam pernyataannya, Abu Ahmad menyebutkan bahwa kejahatan penjajah Zionis Israel terhadap bangsa Palestina dan para aktivis perlawanan tidak akan berlalu begitu saja tanpa ada reaksi balasan yang menggetarkan.

Sebagai bentuk respon atas kejahatan Zionis Israel, Abu Ahmad menyatakan bahwa unit pelontar rudal Brigade al Quds berhasil menggempur permukiman Askelan. Hal ini menegaskan janji gerakan sebelumnya yang telah mengeluarkan ancaman bahwa rudal-rudal perlawanan tidak akan terfokus menggempur perlawanan Yahudi di Sedirot saja, namun akan menyerang banyak permukiman Yahudi.

Abu Ahmad menjelaskan, para pejuang gerakan berhasil melepaskan 2 buah rudal Quds-3 ke permukiman Yahudi Akelan. Dia mengatakan, “Penjajah Israel harus memahami betul bahwa brigade al Quds memiliki rudal canggih, lebih banyak dari yang ditembakkan hari ini dan mengakibatkan 4 orang Israel terluka. Serangan ini telah menghantam jantung Askelan.” Hal ini, tegas Abu Ahmad, adalah perkembangan penting bagi masa depan rudal Palestina, khususnya yang dimiliki brigade al Quds.

Brigade al Quds menegaskan pihaknya tidak akan komitmen dengan gencatan apapun dengan penjajah Zionis Israel, di tengah-tengah terus berlanjutnya aksi-aksi pembunuhan, penculikan dan pendudukan di wilayah Tepi Barat.

Ditegaskan bahwa Brigade al Quds hanya komitmen dengan gencatan selama setahun. Hanya saja, pihak penjajah Zionis Israel telah melakukan pembunuhan lebih dari 40 aktivis Brigade al Quds dan gerakan Jihad Islam.

KHASIT BUAH KURMA







1. KESIHATAN

A. Mencegah Penyakit Kronik Seperti Penyakit Jantung & Kencing Manis

Berdasarkan kajian Prof. Madya Asiah Zain, Pensyarah Sains Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi, Universti Putra Malaysia (UPM) menyatakan “Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan rsiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah”. (BERITA HARIAN, SELASA, 20 FEBRUARI, 2001)

B. Merangsang Dan Memudahkan Kehamilan.

Prof. Madya Asiah juga berkata buah kurma mampu memanaskan badan dan merangsang keshatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga.

C. Membunuh Kuman Dalam Badan.

Saidina Ali r.a. meriwayatkan “Barangsiapa yang memakan 7 butir tamar setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya”.

2. KECERDASAN DAN KECERGASAN

A. Kecerdasan Minda Dan Membantu Proses Tumbesaran.

Menurut Prof. Madya Asiah lagi, kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat.

B. Tenaga Segera

Maksud Firman Allah s.w.t. di dalam Surah Maryam: Ayat 25-26:

“Dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu”.

Kurma mampu membekal tenaga dengan pantas ke dalam tubuh mereka yang memakannya. Maka dengan itu Allah s.w.t. menyuruh Saidatina Maryam memakan buah kurma agar beliau mendapat bekalan tenaga untuk melahirkan Nabi Isa a.s., kerana kehilangan tenaga dan darah yang banyak.

3. KEPERIBADIAN

Membentuk Sifat Penyabar, Bersopan Santun Dan Cerdas Pemikiran.

Maksud Hadis Rasulullah s.a.w. :

“Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya”.

“Melentur buluh biar dari rebungnya”. Islam mengajar kita mendidik anak sejak dari dalam kandungan ibu agar anak yang bakal dilahirkan itu dibentuk mengikut rohaniah yang suci serta memiliki tubuh badan yang sihat dan minda yang cerdas. Buah kurma merupakan makanan yang mampu membentuk insan yang berperibadi luhur. Seorang pelatih dari Universiti Sains Malaysia (USM) menulis tentang hadis ini dalam majalah Mingguan Wanita.

4. KEBERKATAN

A. Mengambil Keberkatan Sewaktu Kelahiran.

Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a. katanya;

“Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. lalu baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma”.

B. Makanan Yang Paling Sempurna.

Maksud Sabda Rasulullah s.a.w. :

“Rumah yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan”.

Dengan sebab itulah Prof. Madya Asiah menyatakan lagi “Pengambilan buah kurma itu tidaklah sekadar penting pada bulan puasa atau ketika seseorang itu sedang berpuasa, sebaliknya memakan kurma wajar dijadikan amalan harian”.

Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis. Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya : “Aku melihat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam memakan buah-buahan dengan kurma masak.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud :

“Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : “Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu”.

Khasiat kurma “Ajwah” sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Terdapat juga di dalam al-Qur’an ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa ‘Alaihi Salam sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 :

h_dd26.jpg (19498 bytes)
Tafsirnya : “Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak.”
(Surah Maryam : 25)

Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Qur’an dan hadis Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.

Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :

“Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa terguk air.

(Hadis riwayat Ahmad)

Sehubungan dengan hadis ini ada beberapa hadis lain yang menganjurkan agar kita berbuka puasa dengan kurma. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, beliau berkata : “Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasalla berbuka dengan kurma dan barangsiapa yang tidak mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka dengan air kerana sesungguhnya air itu pembersih.

Antara hadis lain yang menyatakan kelebihan buah kurma :

h_dd27.jpg (32536 bytes)

Maksudnya : Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : “Saya mendengar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : “Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma.

Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah buah kurma kita terhindar daripada api neraka.

Jadi bagi orang-orang yang mementingkan kesihatan mereka agar sentiasa dapat dijaga dengan baik, buah kurma adalah amat sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan harian mereka khususnya di waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas harian. Khasiat kurma juga adalah sesuai dan baik bagi pertumbuhan kanak-kanak.

Mudah-mudahan dengan amalan memakan kurma yang berterusan, kita terhindar daripada berbagai kemungkinan dan dapat meneruskan tugas harian serta beribadat kepada Allah Subhanahu Wata’ala.

CINTA DARI PANDANGAN IMAM SYAFIE'

IMAM Al-Syafie banyak memberi pedoman dalam memilih kawan. Beliau juga mengakui sukar mencari sahabat sejati yang mahu berkongsi suka duka bersama.

Ketika menilai sahabat sejati pada waktu susah, katanya: “Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan.

“Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah.”

“Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku.

“Kukunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia.”

Imam Al-Syafie turut meminta kita berhati-hati memilih sahabat kerana sahabat yang baik akan membawa ke arah kebaikan dan begitu sebaliknya.

Katanya: “Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya.

“Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat.

“Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras.

“Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tidak sopan.

“Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.

“Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai.

“Dia akan memungkiri jalinan cinta yang terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.”

Seseorang itu juga dapat menundukkan musuhnya dengan menunjukkan rasa persahabatan.

Imam Al-Syafie dalam hal ini berkata: “Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan.

“Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan.

“Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai.”

Friday, September 11, 2009

Bencana Novel Dan Filem Cinta Islami

Assalamualaikum wbt.

Selepas novel Ayat-Ayat Cinta, Ketika Cinta Bertasbih dan entah apa lagi 'novel pembina jiwa' dari tanah seberang. Semuanya berkisar cinta yang di dasari landasan Islami.

Ramai memberikan komentar positif. Dan penggiat seni tanah seberang maju lebih daripada selangkah, filem-filem dan drama-drama yang berbentuk pembina jiwa, cinta Islami mula mendapat tempat.

Umat Islam Malaysia tidak terlepas dari tempiasnya. Maka muncul cadangan agar penggiat seni Malaysia mengorak langkah. Cambahkan karya-karya pembina jiwa, lambakkan cinta Islami di kalangan muda mudi. Biarkan muda mudi kita faham bahawa Islam meraikan perasaan cinta manusia asalkan pada jalan yang betul.

Tetapi, saya mula mengesan bahaya dan bencana. Ya bencana. Bencana ini akan menipu orang-orang yang jahil ilmu agama, apatah lagi dalam keadaan jahil itu mereka mahu kembali kepada agama.

Saya teringat satu babak dalam karya seorang novelis Islami dari tanah seberang yang digilai peminat novel Islami Malaysia. Di dalam karyanya itu, beliau memuatkan satu babak bergurau senda, saling bersentuhan di antara abang dan adik angkat. Ya, abang dan adik angkat. Bukan mahram. Dan kerana mereka bukan mahram, maka diakhir cerita mereka bernikah. Tapi sebelum pernikahan, hubungan mereka seperti adik beradik- dan ketika itu mereka memang sedar mereka adik beradik angkat-. Jadi, apa yang mahu ditonjolkan oleh penulis novel Islami berkelulusan institusi ulung di alam Islam sedunia ini?

Bukankah babak ini mengelirukan masyarakat yang sudahlah ramai keliru dalam isu mahram bukan mahram, tiba-tiba muncul karya si penulis novel Islami ini yang hanya akan menyakinkan masyarakat bahawa apa yang mereka keliru inilah yang benar, sedangkan hakikatnya salah!

Dan karya Islami ini jua muncul dalam drama-drama yang mula menyebar masuk dari tanah seberang.-sebaiknya tidak ditonton televisyen-. Bagaimana dengan satu drama popular tanah seberang, yang membawa mesej Islami, menampilkan babak cinta seorang teruna Aqso dengan si Madina, dan si Fira. Madina dan Fira ialah adik beradik. Madina gadis bertudung litup, kuat agama. Madina selalu menasihati Aqso agar mencintai Fira, kakak Madina. Madina menyuruh Aqso melafaz kata cinta kepada Fira. Madina menyuruh Aqso membawa Fira, ke tempat romantik. Ibu bapa Fira dan Madina, amat suka untuk Aqso membawa Fira ke hulu ke hilir. Ketika Aqso sakit mahu bersalin (lahirkan anak dengan seorang lelaki bernama Pasha), Aqso juga yang menjaganya.

Anda tahu apa yang ada dalam fikiran saya ketika menonton drama ini -celaka kau Masri, tonton Drama, kata Salafi. Ya Tuhan, ampunkan aku kerana kelalaian-. Saya sangka Aqso pernah bercinta dengan Madina, tapi berkahwin dengan Fira. Lalu Madina sebagai gadis solehah menasihati Aqso supaya mencintai Fira kerana Fira isterinya, dan tidak boleh Aqso mengambil Madina sebagai isteri kedua kerana haram mengumpulkan dua beradik sekaligus. Ini yang saya fikirkan. Lalu saya kata, bagus Madina, dia benar-benar kuat pegangan Islaminya. Dia mahu kakaknya bahagia. Dia tidak mahu membuat dosa kerana dia tahui tiada poligami dengan cara mengumpulkan dua beradik. Ini yang saya fikirkan. Lalu saya fikir, apabila Madina mengarahkan Aqso melafaz kata cinta, membawa Fira ke tempat romantik, ialah supaya Aqso dapat membina rasa cinta kepada Fira yang sudah menjadi isterinya. Lalu saya kata bagus nasihat Madina. Dia menasihati orang yang dia cintai agar melupakan dia dan mencintai isteri yang sah yang juga kakak kepada Madina.

Tapi, anda tahu apa yang saya temui di hujung cerita. Ketika di tempat romantik itu - Aqso menurut nasihat Madina untuk membawa Fira ke tempat romantik-, Aqso melafazkan satu ayat yang membuat saya terkejut gila, terus naik menyampah dengan cerita itu. Aqso kata kepada Fira "Kita kahwin ya!". Saya terkejut. Saya fikir mereka sudah berkahwin.

Jadi, kenapa saya marah sangat?

a) Drama ini mengelirukan umat yang sudah sedia keliru. Dengan latar belakang Islami, maka orang membuat kesimpulan tiada salah berdua-duaan dengan bukan mahram, tiada salah saling melafaz kata-kata romantis kepada bukan mahram.

b) Drama ini menunjukkan kemungkaran hanyalah bersentuh dan berzina. Berdua-duaan dengan bukan mahram bukan satu kemungkaran. Selagi mana tidak bersentuh tidak mengapa.

c) Drama ini mengajar ibu bapa agar membiarkan anaknya keluar dengan lelaki bukan mahram. Kenapa saya kata drama ini mengajar sedemikian? Ya, kerana drama ini drama beraspirasikan cinta Islami. Saya yakin emak saya suka cerita ini (berdasarkan pengalaman menonton drama-drama aspirasi Islami dari tanah seberang bersama emak), dan saya yakin emak saya akan beranggapan tidak salah membiarkan anak-anak daranya keluar dengan bukan mahram.

d) Drama ini menjadikan penonton keliru kerana yang menasihati Aqso supaya keluar dengan Fira, menjalin hubungan rapat dengan Fira ialah Madina, si gadis yang kuat agama, bertudung litup, bersolat.

e) Madina digambarkan sebagai gadis yang kuat imannya. Dia membawa kakaknya Fira ke sekeliling kota melihat kehidupan orang-orang susah supaya dapat menyedarkan kakaknya bahawa di luar sana masih ramai orang tidak bernasib baik. Ini kerana ketika itu Fira baru sahaja keguguran bayinya. Tapi, babak ini juga akan menguatkan segala tindakan Madina mengarahkan Aqso menjalin hubungan cinta dengan Fira. Kerana begini.

Pertama: Penonton sudah membina satu persepsi Madina sebagai gadis solehah, kuat agama. Lalu tindakan yang diambilnya adalah pasti menepati syariat.

Kedua: Ketika Madina menasihati Aqso supaya mencintai Fira, Madina mengungkapkan kata-kata "Cinta adalah anugerah daripada Allah".

Ketiga: Lalu Madina mengarahkan Aqso menjalin hubungan dengan Fira.

Keempat: Maka, penonton akan menjustifikasi KETIGA berdasarkan PERTAMA dan KEDUA. Maka, ketika itu, isyarat yang sampai kepada penonton ialah: Keluar berdua dengan bukan mahram, melafaz kata cinta dan romantis kepada bukan mahram, bukanlah satu perkara yang bertentangan dengan syara'. Bahkan ia adalah satu anugerah Allah apabila Allah mengurniakan perasaan cinta itu kepada hamba-hambanya.

Saya sudah nampak bencananya. Dan drama ini juga adalah satu aspirasi dari novel-novel cinta Islami kerana di dalam satu babaknya terpapar watak Aqso sedang membaca novel "Ketika Cinta Bertasbih".

Apakah kalian bersetuju dengan saya bahawa novel-novel pembina jiwa dari tanah seberang yang membawa mesej cinta Islami, apatah lagi drama dan filemnya, sebenarnya satu bencana dan bala buat umat Islam?

Sunday, September 6, 2009

Bersabar Lah D'Bulan Puasa




Banyakkan Bersabar

Hadith :
Daripada Anas r.a. katanya,
“ Aku berjalan bersama- sama Rasulullah s.a.w. Baginda memakai selendang kasar tepinya buatan Najran. Baginda bertemu dengan seorang Arab badwi lalu direntapnya selendang baginda dengan rentapan yang kasar sehingga aku melihat kesan di tengkuk baginda akibat rentapan yang kasar itu. Kemudian orang arab itu berkata:

“Wahai Muhammad perintahkanlah supaya diberikan kepadaku daripada
harta Allah apa yang ada pada kamu,” Maka rasulull
ah s.a.w
berpaling kepadanya sambil ketawa. Kem
udian baginda memerintahkan
supaya diberikan sedekah kepadanya”.

Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Huraian

1.Rasulullah s.a.w adalah seorang yang pemaaf dan tidak suka membalas dendam serta tidak mudah marah.

2.Umat Islam hendaklah mencontohi sifat-sifat mulia tersebut kerana sifat- sifat ini mempunyai nilai-nilai kebaikan yang amat tinggi yang akan menimbulkan kesedaran kepada orang lain yang menerimanya.

3.Islam menggalakkan umatnya supaya bertindak dengan cara yang bijaksana apabila berhadapan dengan golongan yang jahil dan hendaklah menunjukkan sikap yang lemah lembut agar dapat menarik hati mereka kepada Islam.

Bersabar Dalam Berdoa

Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a bahawa nabi SAW telah bersabda:”Allah sentiasa memperkenankan doa seorang hamba selama doa itu tidak mengandungi (perkara) dosa, (perkara yang) memutuskan silaturrahim dan selama tidak meminta supaya cepat-cepat diperkenankan.” Lalu baginda
ditanya oleh seseorang:”Apa maksudnya meminta dicepatkan?”Jawab
baginda:”Umpamanya seseorang itu berkata dalam doanya:”Aku telah berdoa, aku telah berdoa tetapi aku belum melihat doaku diperkenankan. Lalu aku putus asa dan berhenti berdoa.”
(Muslim)

Huraian


Betulkah setiap doa akan dikabulkan oleh Allah ? Mungkin ada antara kita yang telah berdoa sesuatu namun tidak merasakan keberhasilannya. Selaku hamba, kita harus menyedari bahawa kita tidak berhak memaksa Allah kerana kitalah yang berhajatkan sesuatu bukan sebaliknya.
Sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita atau mungkin Allah mempunyai ketentuan lain yang tidak kita ketahui. Mungkin juga doa kita bukan tidak dikabulkan tetapi ditunda waktunya atau diganti dengan yang lebih baik. Nabi Zakaria a.s adalah contoh manusia yang sangat kuat nilai kesabarannya. Baginda telah puluhan tahun berdoa agar dikurniakan
zuriat namun belum dikabulkan Allah. Antara isi doa baginda ialah:

“Ya Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah ditumbuhi uban, dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepada Engkau, ya Tuhanku. (Maryam:4) sehingga pada akhirnya Allah SWT memakbulkan permintaan baginda dengan mengurniakan seorang anak lelaki bernama Yahya. Begitulah sikap yang seharusnya kita contohi iaitu jangan sekali-kali
kecewa dalam berdoa.

-- Tak guna ada mata kalau tak dapat melihat.Tak guna ada hati kalau tak tahu menilai..... ..Ya ALLAH!! Manakala hati ini menjadi keras dan semua jalan ku terasa sempit, ku jadikan harapanku kepada keampunanMu sebagai tangga keselamatan.

Saturday, September 5, 2009

IBU SYURGA

adikku....

dunia ini tak seindah pandangan mata...

dunia ini sering menipu kita...

dunia ini ladang tempat kite berusaha...

dunia ini hanya tempat persinggahan sementara...

adikku...

kejar lah akhiratmu, kelak dunia akan mengekormu...

walau aku jauh di pandangan matamu...

tapi Engkau sangat dekat di hatiku...

adikku...

jadilah mutiara di lautan masin...

jadilah permata di celah serpihan kaca...

maka kelak kau akan menajdi insan berguna....

adikku...

pegang lah al-Quran dan sunnah

jangan lari dari jalan tarbiyah

kita semua tercipta untuk menjadi pejuang

pejuang itu hanya tahu erti "berjuang" atau "terbuang"

raih lah Jannah...

seperti yang telah menjadi doa buatmu....

pada setiap sebutan namamu...

aku kakak yang sering merindukanmu

dalam setiap doa-doaku...

insha Allah kita akan bersatu nanti...