Wednesday, November 25, 2009

Selamat Menyambut Hari Raya Idul Adha


Salam sahabat semua...dikesempatan yang tidak seberapa ini.Ana ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya i'dul adha.Sepertimana yang kita tahu,umat islam menyambut hari raya 2 tahun sekali.Ini adalah untuk mengingati ni'mat yang dikurniakan oleh Allah s.w.t.Memberi peluang kepada fakir miskin untuk merasa kebahagian seperti yang dirasai hamba yang lain.

Marilah sama-sama kita merenung dan muhasabah agar kehidupan kita akan mendapat keredhaan dan dapat menyambut i'dul adha dengan penuh kebahagian.banyakkan lah bertakbir,bertahmid,bertasbih memuji ilahi.salam eid......

Thursday, November 12, 2009

Tazkirah: Persaudaraan Kerana Allah


Ukhuwwah

Kehidupan di zaman ini menghadapi pelbagai cabaran, cabaran yang paling hebat ialah dengan bermaharaja lelanya kebendaan di dalam hubungan sesama manusia. Ini menuntut kita supaya memperbaharui ilmu tentang persaudaraan kerana Allah di dalam Islam.

Apa yang dimaksudkan dengan “ilmu persaudaraan kerana Allah” ialah bagaimana kita berkomunikasi, saling faham memahami, saling memaafkan, saling mengasihi diantara satu sama lain, dan bukan setakat itu bahkan bagaimana kita berselisih pendapat di antara satau sama lain di bawah bayangan kasih sayang kerana Allah?

Sesungguhnya seorang yang memperjuangkan Islam sangat memerlukan ilmu ini supaya hubungan di antara individu-individu di dalam sesuatu jemaah itu menjadi kukuh, dan supaya usaha kita semua tidak sia-sia begitu sahaja, kerana ukhuwah bukanlah syiar yang dilaung-laungkan ataupun kata-kata yang dituturkan, akan tetapi ia adalah perbuatan dan tingkah laku. Ia merupakan sistem kehidupan, kerjasama, saling lengkap melengkapi, kasih sayang, cermin setiap seorang daripada kita supaya dapat melihat dirinya dengan terang dan jelas, serta ia merupakan tubuh badan yang satu dan satu binaan yang kukuh.

Jadi, jika kita telah mencapai tahap ini maka kita telah menjejakkan kaki kita pada permulaan jalan untuk menuju kejayaan yang dimpikan, kita boleh mengambil pengajaran daripada sirah Baginda SAW di mana baginda mempersaudarakan diantara Muhajirin dan Ansor ketika mula-mula berhijrah ke Madinah sebagai satu langkah pertama selepas mengukuhkan aqidah dan iman di dalam jiwa para sahabatnya RA.

Demi merealisasikan tujuan ini, marilah kita merenung sejenak tentang kepentingan Ukhuwah, kedudukannya, cara-cara menyemai dan memeliharanya serta kesannya kepada individu dan masyarakat.

Kepentingan Ukhuwah

Ukhuwah adalah satu nikmat yang sangat besar yang dikurniakan oleh Allah kepada hamba-hambanya yang beriman kerana ia adalah satu hubungan yang mana tidak ada hubungan yang lebih kukuh daripadanya.

Sesungguhnya aqidah ini sangat ajaib. Apabila hati-hati pemiliknya bertemu, maka akan menjadi lembutlah hati yang keras, akan suburlah hati yang gersang, akan terikatlah hati-hati tersebut dengan ikatan yang sangat kuat dan mendalam. Justeru, pandangan mata, pergerakan anggota dan degupan jantung menjadi titik-titik perkenalan, kasih sayang, kesetiaan, kerjasama dan tolak ansur yang tidak mampu mengetahui rahsianya selain tuhan yang menyatukan hati-hati tersebut, dan tidak akan merasai kemanisannya melainkan hati-hati itu sendiri.

Allah mengingatkan hamba-hambanya tentang nikmatnya yang besar ini serta mengajak mereka kepada perpaduan serta menjauhi perpecahan dengan firmannya yang bermaksud: “Dan berpegang teguhlah kamu semua dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah. Dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika mana kamu semua bermusuhan lalu Allah menyatukan di antara hati-hatimu maka kamu menjadi bersaudara dengan nikmatnya. (Ali Imran: 103)

Mempersaudarakan di antara Muhajirin dan Ansar pada permulaan gerak kerja Nabi SAW di Madinah merupakan suatu yang amat penting di dalam menyediakan satu generasi yang hebat, dan di dalam membentuk negara Islam yang pertama. Baginda SAW mampu menyatukan sof mereka di atas satu tujuan yang lebih tinggi daripada segala tujuan dan kepentingan-kepentingan peribadi yang sangat mudah hilang ketika menghadapi mana-mana serangan. Baginda SAW mengikat mereka dengan hubungan aqidah serta menekankan tentang peri pentingnya hubungan yang tejalin di atas aqidah tersebut. Justeru, hubungan Ukhuwah ini mampu memelihara keamanan dalaman bagi negara baru tersebut dan menjadikannya mampu berdepan dengan pelbagai jenis cabaran.

Berkata seorang ‘alim: Apa yang dimaksudkan dengan Ukhuwah itu ialah terikatnya hati-hati dan jiwa-jiwa dengan ikatan aqidah, dan aqidah itu adalah ikatan yang paling kuat dan mahal. Ukhuwah itu adalah saudara iman dan perpecahan adalah saudara kekufuran. Kekuatan yang pertama adalah kekuatan perpaduan namun tidak akan tercapainya perpaduan tanpa kasih sayang dan tahap kasih sayang yang paling rendah ialah dengan berlapang dada dan tahap yang paling tinggi ialah dengan mengutamakan orang lain ke atas dirinya sendiri. Allah berfirman yang bermaksud, “Dan barangsiapa yang dipelihara kebakhilan dirinya maka merekalah orang-orang yang beruntung.” (Al-Hasyr: 9)

Seorang yang benar akan melihat sahabat-sahabatnya lebih utama dari dirinya kerana jika dia tidak bersama mereka maka dia akan bersama orang lain dan jika mereka tidak bersamanya maka mereka akan bersama selainnya, dan serigala hanya akan memakan kambing yang bersendiri. Nabi SAW bersabda yang bermaksud, “Orang mukmin terhadap orang mukmin umpama satu bangunan yang saling mengukuhkan antara satu sama lain.” Allah berfirman yang bermaksud, “Dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan sebahagian mereka adalah penolong sebahagian yang lain.” (At-Taubah: 71)

Friday, November 6, 2009

Istiqamah

"Perpisahan pasti ada perjumpaan kecuali berpisahnya nyawa dari badan"




Assalamualaikum..syukur kehadrat ilahi atas ni'mat yang dikurniakan walaupun hanya sementara.Sakit yang telah diberi telah dikurniakan kesembuhan.Marilah sama-sama kita merenung kembali kekuasaan allah s.w.t yang tidak boleh difikirkan oleh akal manusia yang secetek ini.

Post pada kali berkaitan dengan tentang amalan yang telah dilakukan.Adakah kita berjaya melakukan dengan istiqamah ataupun tidak.Mu'min yang beriman dan berpegang teguh dengan islam akan sentiasa melakukan amalan dengan istiqamah.Maupun dari sudut pekerjaan ataupun sudut pembelajaran.

Allah s.w.t sangat suka kepada hambanya yang melakukan amalan dengan penuh khusyuk dan istiqamah.Istiqamah ini ialah sesuatu perkara yang baik dilakukan dengan bersungguh-sungguh.Terutama istiqmah didalam pembelajaran.Ilmu Allah sangat luas dan tiada sempadan.oleh itu tuntut laha ilmu itu dengan sebaik mungkin.Agar mudah-mudahan kita akan menjadi hamba yang istiqamah.

mungkin sesetengah mereka berpendapat bahawa untuk melakukan sesuatu yang istiqamah amalah payah.Hal ini terjadi adalah kerana lemahnya iman kita.Bagaimanakah untuk menguatkan iman kita?

Caranya adalah dengan sentiasa mengabdikan diri kepada allah s.w.t.Contohnya seperti melakukan solat malam,iaitu qiamullail.

Sesuatu yang diingini perlulah ada sedikit pengorbanan dan usaha yang kuat.Jadilah mu'min yang istiqamah.Berdoalah lepada yang esa.wallahua'lam..